Kelmarin berlaku kejutan dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan
apabila 14 pemain daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dilepaskan
oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe atas alasan
penggiliran pemain.
Daripada 14 pemain JDT tersebut, 2 daripadanya kembali menyertai
skuad Harimau Malaya berangkat ke Beirut semalam bagi menghadapi
perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada hari
selasa ini.
Menurut laporan daripada Berita Harian,
2 pemain itu ialah bekas penyerang Kedah, Syafiq Ahmad dan pemain
tengah, Nazmi Faiz Mansor yang dipanggil semula oleh Tan Cheng Hoe.
Kehadiran 2 pemain ini melengkapkan senarai 23 pemain yang dibawa ke
Beirut selepas pemain pertahanan dari Sabah, Rawilson Batuil terpaksa
pulang ke Sabah atas urusan keluarga.
“Saya fikir kedua-dua pemain berhak mendapat peluang untuk
membuktikan kemampuan mereka kerana hanya beraksi selama beberapa minit
ketika menentang Mongolia.
“Mereka masih muda dan banyak yang boleh disumbangkan mereka kepada pasukan.” jelas Cheng Hoe.
Sebelum ini, Cheng Hoe telah memanggil 9 pemain bagi menggantikan 14
pemain JDT itu iaitu Shahrel Fikri (PKNP FC), Syazwan Zaipol dan Nazirul
Naim (Perak), Nor Hakim Hassan (Terengganu FC), Jafri Chew dan Shahril
Shaari (PKNS FC), Syawal Nordin (Kedah), Zaquan Adha (Kuala Lumpur) and
R. Kogileswaran (Pahang).
14
pemain JDT itu sempat beraksi dalam perlawanan persahabatan
antarabangsa di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe dimana Harimau
Malaya gagal menamatkan kemarau kemenangan apabila sekadar seri 2-2
menentang Mongolia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari khamis
lepas.
Keputusan
tersebut memanjangkan lagi rekod buruk skuad negara yang masih gagal
meraih sebarang kemenangan sejak kali terakhir dilakukan ketika menang
ke atas Kemboja 3-2 pada aksi Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)
pada tahun 2016.
Malaysia
sudah pun tersingkir daripada aksi kelayakan Piala Asia dan perlawanan
menentang Lubnan dianggap sebagai sekadar pelengkap jadual.
Sumber : https://semuanyabola.com/2-pemain-jdt-kembali-memperkuatkan-skuad-harimau-malaya/
0 Response to "2 Pemain JDT Kembali Memperkuatkan Skuad Harimau Malaya"
Posting Komentar