Pada awal musim Paris Saint-Germain
dengan gembira serta bergaya mengumumkan bahawa Neymar Jr. sah menjadi
pemain mereka dengan hanya sekali tandatangan. Pemain kelahiran Brazil
itu diikat dengan kontrak selama 5 tahun yang menyaksikan Neymar bakal
berada di Paris sehingga 30 Jun 2022.
Pada awalnya perpindahan Neymar Jr. ke Paris Saint Germain (PSG)
dianggap satu khabar angin yang tidak masuk akal lantaran harganya yang
melampau seperti mana harga hantaran segelintir manusia, tetapi kini
cerita Neymar ke PSG menjadi kenyataan dan Neymar mempamerkan aski
mempesonakan seperti biasa.
Pemain sensasi Paris Saint-Germain, Neymar mengalami kecederaan retak
tulang metatarsal dan bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama 90
hari dan dijangka kembali untuk Piala Dunia Russia bersama Brazil.
Neymar Sr tidak tolak kemungkinan Neymar ke Real Marid.
Kecederaan Neymar ini juga menyaksikan beliau terlepas perlawanan
menentang Real Madrid di Champions League di mana PSG mudah ditumbangkan
Los Blancos. Walaupun cedera Neymar tetap dikaitkan dengan perpindahan
ke Real Madrid.
Legenda Brazil dan juga bekas pemain Real Madrid, Ronaldo sebelum ini pernah menggesa Real Madrid mendapatkan Neymar bagi memperkuatkan pasukan untuk musim hadapan. Ronaldo yang pernah bermain di Santigago Bernabeau selama 4 musim, berkata Real Madrid harus mencuba sedaya upaya mendapatkan pemain sehebat Neymar.
Ronaldo percaya Neymar adalah pemain yang sesuai untuk Los Blancos dan menggesa bekas kelabnya segera mendapatkan Neymar. Ronaldo turut menambah kelab seperti Real Madrid harus mendapatkan pemain terbaik dan Neymar tergolong dalam kategori tersebut.
"Neymar adalah pemain yang sangat bagus, mungkin beliau akan menjadi pemain terbaik dunia dalam masa beberapa tahun yang akan datang. Real Madrid pula memerlukan pemain terbaik dunia ketika ini."

Ronaldo original mahu Neymar ke Real Madrid | Gambar : 101greatgoal
Walaupun Ronaldo berharap Neymar akan menyertai Real Madrid suatu
hari nanti, beliau percaya mustahil bagi PSG melepaskan Neymar dalam
masa terdekat ini.
Kini Neymar yang dalam proses pemulihan dilaporkan menuntut kenaikan
gaji sehingga £1 juta seminggu bagi membolehkan beliau kekal di PSG
sekaligus menghalang beliau dari kembali ke Sepanyol untuk bersama Real
Madrid.
Neymar kini menikmati gaji buta £525,000 seminggu dan menuntut
kenaikan hampir 100 peratus. Mari kita membawang dengan gaji Neymar.
Gaji Neymar
Kontrak 5 tahun Neymar bersama PSG dilaporkan bernilai £27 juta
setahun jika dipecahkan mengikut bulan, minggu, hari, jam, dan minit
serta saat :
Setahun - £27 juta bersamaan RM151.88 juta
Sebulan - £2.25 juta bersamaan RM12.6 juta
Seminggu - £525,000 bersamaan RM3 juta
Sehari - £75,000 bersamaan RM 422,000
Sejam - £3,125 bersamaan RM17,578
Seminit - £52 bersamaan RM292.51
Sesaat - £0.9 bersamaan RM5.06

Nak senang kira korang darab 2 jela jika PSG setuju bayar 1 juta. Gila bawang satu saat gaji dah cecah RM10.
AMARAN : Kiraan ini dibuat dalam keadaan mengantuk.
Neymar : Aku Ke PSG Bukan Kerana Wang!
Dalam wawancara bersama BBC Neymar berkata :
1. Sukar buat keputusan dan hampir sebulan berfikir sebelum kata hatinya menyuruh beliau pergi.
2. Neymar ke PSG bukan untuk menjadi bintang tetapi kerana cabaran dan mahu menang gelaran juara.
3. Neymar ke PSG bukan kerana duit tetapi untuk motivasi dan cabaran.
2. Neymar ke PSG bukan untuk menjadi bintang tetapi kerana cabaran dan mahu menang gelaran juara.
3. Neymar ke PSG bukan kerana duit tetapi untuk motivasi dan cabaran.
Sumber : https://www.thesukan.com/neymar-tuntut-gaji-1-juta-seminggu-dari-psg
0 Response to "Neymar Tuntut Gaji £1 Juta Seminggu dari PSG"
Posting Komentar