Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 4-1
ke atas Bournemouth. Itu adalah kemenangan pertama Spurs selepas
ketinggalan 1 gol selepas berada dalam situasi tersebut 11 kali.
Kemenangan yang menyaksikan Spurs memintas Liverpool di tangga ke-3
dan menyaksikan Son Heung Min meneruskan aksi cemerlang beliau musim
ini.
Namun ada perkabaran kurang enak apabila pemain bintang mereka, Harry
Kane diusung keluar padang kerana kecederaan. Dalam temu ramah selepas
perlawanan dengan Sky Sports, Mauricio Pocettino sahkan ia adalah
kecederaan buku lali.
Kecederaan yang sama membuatkan beliau berehat panjang musim lalu. Pochettino berkata:
“Kecederaan itu di buku lali kanan, kemungkinan besar kecederaan pada
ligamen yang sama seperti yang beliau kena pada musim lalu ketika
berhadapan Sunderland.”
“Saya masih menunggu laporan penuh esok. Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang saya ada.”
Kane tercedera selepas bertembung dengan Asmir Begovic dalam usaha
beliau menerima hantaran Eriksen. Gol Kane turut dibatalkan kerana
ofsaid.
Kane kemudian digantikan dengan Erik Lamela selepas petugas perubatan Spurs memberitahu pemain itu tak dapat meneruskan aksi.
Kem Tottenham Hotspur dan England sudah pastilah risau dan berharap
tiada kecederaan serius berlaku. Piala Dunia kurang daripada 95 hari
lagi.
Pochettino meluahkan kerisauan beliau namun berharap kecederaan itu
tidak serius seperti yang digambarkan dan pemain tersebut akan kembali
semula ke padang dalam masa terdekat.
Sumber : https://semuanyabola.com/kecederaan-buku-lali-harry-kane-resahkan-spurs-dan-england/
0 Response to "Kecederaan Buku Lali Harry Kane Resahkan Spurs Dan England"
Posting Komentar