Sam Allardyce dikatakan sudah menghantar kertas cadangan kepada
Pengarah Sukan berkaitan dengan potensi untuk membida Jack Wilshere dari
Arsenal.
Everton sedia membayar £8 juta kepada Wilshere (on-signing fee) jika
pemain itu memilih untuk tidak menandatangani kontrak baru dengan
Arsenal.
Buat masa ini Wilshere masih belum menandatangani sebarang kontrak
lanjutan di Emirates. Namun begitu, Wilshere dikatakan masih menunggu
tawaran daripada Arsenal.
Berdasarkan pasaran semasa, nilai Wilshere diletakkan sekitar £30
juta. Beliau sudah mendapatkan semula sentuhan bersama Arsenal musim
ini.
Musim lalu beliau ke Bournemouth untuk menguatkan lagi kondisi
fizikal dan ianya banyak membantu. Wilshere sudah disenarai semula dalam
skuad England.
Selain daripada tawaran £8 juta kepada Wilshere dan ejen beliau,
pemain itu ditawarkan gaji yang lebih besar berbanding dengan yang
ditawarkan oleh Arsenal.
Everton mendapat tahu, Arsenal sudah membuka rundingan dengan Wilshere bermula dengan tawaran gaji £80,000 seminggu.
Angka itu adalah penurunan pada gaji pokok. Namun Arsenal akan
menawarkan peningkatan pada beberapa klausa bonus. Jack Wilshere
menerima gaji pokok £90,000 buat masa ini.
Everton sedia untuk mengatasi semua angka tawaran yang dikemukakan
oleh Arsenal kepada Wilshere. Penulis The Times, Matt Hughes menyifatkan
Everton sangat agresif kali ini.
Arsene Wenger sudah berjanji akan melanjutan kontrak beberapa pemain
istimewa di dalam pasukan Arsenal. Nama Jack Wilshere antara pemain
istimewa yang dimaksudkan Arsene Wenger.
Jack Wilshere dikenali dengan kesetiaan beliau kepada Arsenal
walaupun sebelum ini ada tawaran daripada kelab lain. Beliau pernah
berkata yang beliau sentiasa meletakkan Arsenal sebagai keutamaan.
Namun siapa tahu, Wilshere akan mengikut jejak langkaj Walcott?
Sumber : https://semuanyabola.com/allardyce-tawarkan-wilshere-8-juta-untuk-tolak-lanjutan-kontrak-di-arsenal/
0 Response to "Allardyce Tawarkan Wilshere £8 Juta Untuk Tolak Lanjutan Kontrak Di Arsenal"
Posting Komentar