Gary Neville dalam ulasan beliau memberitahu, Marcus Rashford
sepatutnya sudah dibuang padang pada separuh masa pertama selepas
mengasari James Milner. Neville menyifatkan bentesan itu berbahaya dan
patut kad merah.
Dalam sidang media, Mourinho menjawab soalan wartawan yang bertanya,
apa reaksi beliau ketika penyokong Manchester United ada yang menge-boo
keputusan beliau mengeluarkan Rashford dan memasukkan Fellaini pada
minit ke-70.
Penyokong Manchester United memang ramai yang kurang senang dengan
pendekatan defensif Mourinho. Namun pengendali dari Portugal ini
mengambil kesempatan dengan menyindir Gary Neville dalam sidang media
tersebut.
“Tiada masalah jika ada orang tak setuju dengan keputusan saya. Namun
begitu, ada orang memberitahu saya yang Gary Neville mahukan pengadil
membuang Rashford dari padang dengan kad merah pada separuh masa
pertama.”
“Itu yang membuatkan saya takut kalau-kalau pengadil menonton tv pada
rehat separuh masa, mereka mungkin terpengaruh dengan Gary.”
Ramai yang tergelak dengan kenyataan Mourinho itu. Kemudian beliau
menjelaskan, beliau terpaksa memasukkan pemain lebih defensif kerana
Liverpool semakin intensif menekan mereka.
Gary Neville hanya membalas balik kenyataan Mourinho dengan emoji gelak.
Manchester United menang 2-1 ke atas Liverpool untuk menjarakkan diri
mereka 5 mata daripada seteru mereka itu di tangga ke-2. Marcos
Rashford menjaringkan 2 gol kemenangan Man. United.
Sumber : https://semuanyabola.com/mourinho-keluarkan-rashford-kerana-takut-pengadil-terpengaruh-ulasan-neville/
0 Response to "Mourinho Keluarkan Rashford Kerana Takut Pengadil Terpengaruh Ulasan Neville"
Posting Komentar