Salji masih turun di sekitar England dan menyebabkan ada perlawanan
yang terpaksa ditangguhkan. Antara perlawanan yang terjejas ialah Derby
County menentang Cardiff City.
Kedua-dua kelab yang kini berada di tangga 6 teratas EFL Championship
itu asalnya bertemu pada semalam. Namun atas nasihat dan pertimbangan
polis dan badan penasihat keselamatan, perlawanan itu dilangsungkan
kemudian.
Macam ada sesuatu
Pride Park selepas turun salji pada kelmarin. Sumber: Derby Telegraph.
Pengurus Cardiff City, Neil Warnock merasakan sesuatu yang tidak
kena. Malah, beliau menyatakan ada konspirasi mahu pun skandal yang
sengaja diwujudkan.
Neil Warnock juga merasakan tindakan penangguhan itu memalukan. Mana
tidaknya, salji sebenarnya sudah dibersihkan di sekitar stadium.
Ini termasuk di parkir letak kereta juga padang!
Bertangguh itu pencuri masa
Kata-kata hikmat itu biasa kita dengar bukan? Ada asas juga Neil melenting sebenarnya.
Perlawanan itu akan dijadualkan semula pada April, iaitu selepas tamat siri perlawanan antarabangsa.
Cadangan tarikh baru perlawanan ialah pada 17 April, tetapi Cardiff
bakal bertemu dua pasukan lain dalam tempoh seminggu sebelum itu.
Jika tarikh itu disahkan oleh EFL, maka Cardiff akan bermain tiga
perlawanan dalam tempoh seminggu. Neil Warnock memaklumkan adalah lebih
baik EFL melangsungkan perlawanan selepas 24 April.
Konspirasi?
EFL telah mengumumkan penangguhan ini pada jam 8 pagi semalam.
Dikatakan juga jalan menuju ke stadium dipenuhi salji dan berisiko
kepada sesiapa yang hendak ke stadium.
Ada berita menyebut bahawa hanya 10 orang pemain Derby dapat hadir
untuk latihan sebelum perlawanan kelmarin. Laporan itu mengatakan agak
ramai pemain Derby cedera dan ia boleh menjejaskan persiapan perlawanan.
Dan itulah sebab yang dipercayai boleh digunakan Derby untuk
menangguhkan perlawanan. Walhal, salji turun pada Sabtu malam setelah
laporan tidak rasmi itu muncul.
Mungkin itulah konspirasi yang dimaksudkan oleh Neil Warnock? Pendapat anda pula bagaimana?
Sumber : https://semuanyabola.com/neil-warnock-tuduh-fa-england-tak-ada-bezanya-dengan-pencuri-kerana-suka-bertangguh/
0 Response to "Neil Warnock Tuduh FA England Tak Ada Bezanya Dengan Pencuri Kerana Suka Bertangguh"
Posting Komentar