Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan bintang Mesir, Mohamed
Salah di landasan terbaik untuk menjadi pemain terbaik dunia.
Salah meneruskan kempen menakjubkan apabila menjaringkan empat gol
ketika The Reds membelasah Watford 5-0 di Anfield dalam aksi Liga
Perdana Inggeris, awal pagi tadi sekali gus menambah jumlah jaringannya
kepada 36 gol pada musim pertamanya.
Ia jaringan terbanyak pernah diledakkan pemain Liverpool pada penampilan sulung mereka bersama kelab itu.
Messi yang juga sensasi Barcelona turut menunjukkan betapa dia masih
pemain terbaik dunia apabila menjaringkan gol ke-100 dalam kancah Liga
Juara-Juara ketika menewaskan Chelsea 3-0, Khamis lalu.
Bagaimanapun, Klopp percaya pemain yang berusia 25 tahun itu
mempunyai masa depan yang cerah untuk mengatasi kejayaan dilakar Messi
dan seteru utamanya, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid dengan kedua-dua
pemain berkenaan berada di usia 30-an.
“Saya fikir Mo (Salah) dalam perjalanan (menjadi pemain terbaik dunia),” kata Klopp.
“Saya tidak fikir Mo atau orang lain mahu dibandingkan dengan Lionel Messi.”
Klopp turut mencabar Salah untuk mengekalkan standard yang ditetapkan
olehnya musim ini seperti yang dilakukan Messi dan Ronaldo.
“Seperti kebiasaan dalam hidup, jika kamu mempunyai kemahiran, kamu
perlu menunjukkannya secara konsisten, dan secara konsisten dia amat
bagus serta banyak membantu kami.”
Malah, Salah tidak menjadikan keadaan padang yang licin berikutan
salji apabila menewaskan pertahanan Watford, Jose Holebas untuk membuka
tirai jaringan seawal minit keempat.
“Keadaan (cuaca dan padang) adalah sukar. Jelas, ia licin dan semua
orang bergelut tetapi tidak bagi Mo. Dia benar-benar istimewa,” kata
Klopp.
Sumber : https://semuanyabola.com/88673-2/
0 Response to "Jurgen Klopp: Salah Dalam Perjalanan Untuk Jadi Pemain Terbaik Dunia"
Posting Komentar