Arsenal meneruskan kemaraan dalam saingan Liga Europa setelah
menundukkan AC Milan 3-1 pada perlawanan kedua peringkat 16 terbaik yang
berlangsung di Stadium Emirates.
Kemenangan yang dikecapi anak buah Arsene Wenger itu membolehkan Arsenal layak ke suku akhir dengan kiraan aggregit 5-1.
Sejak awal permainan, kedua-dua pasukan gigih mencipta peluang untuk
mencipta jaringan dan AC Milan terlebih dahulu menemui sentuhan jaringan
menerusi jaringan cantik dari Hakan Calhanoglu.
Pemain antarabangsa Turki itu meledakkan satu rembatan dari jarak
jauh yang sekaligus menewaskan penjaga gol Arsenal, David Ospina pada
minit ke-35.
Namun, kelebihan tersebut pantas dipadamkan tuan rumah berselang
empat minit kemudian selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti akibat
kekasaran yang dilakukan Ricardo Rodriguez terhadap Danny Welbeck.
Keputusan pengadil perlawanan, Jonas Eriksson menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan pemain AC Milan yang mendakwa tiada kekasaran
dilakukan.
Welbeck yang mengambil sepakan tidak mensia-sia peluang untuk kembali menyamakan kedudukan.
The Gunners menambah jaringan kedua pada minit ke-71 menerusi Granit
Xhaka yang turut melakukan percubaan dari jarak jauh mengakibatkan ianya
gagal ditepis kemas penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma.
Arsenal menamatkan api perjuangan anak buah Gennaro Gattuso pada
penghujung aksi dengan jaringan kedua peribadi dilakukan Welbeck
menerusi tandukan susulan yang sekali lagi membocori gawang pelawat.
Kemenangan yang dicatatkan sekaligus melayakkan diri ke peringkat
suku akhir Liga Europa dilihat dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi
Arsene Wenger ketika ini.
Sumber : https://semuanyabola.com/liga-europa-2017-18-menang-3-1-di-london-ac-milan-bukan-lawan-sebenar-buat-arsenal/
0 Response to "Liga Europa 2017/18: Menang 3-1 Di London, AC Milan Bukan ‘Lawan Sebenar’ Buat Arsenal"
Posting Komentar