Kekalahan 0-3 Chelsea kepada Barcelona dalam saingan Liga
Juara-Juara, awal pagi tadi ternyata amat mengecewakan para penyokong
The Blues yang mengharapkan agar pasukan mereka melangkah lebih jauh
musim ini.
Dalam aksi pusingan kedua di Camp Nou itu, bintang Argentina, Lionel
Messi menjaringkan gol melalui celah kaki penjaga gol Belgium itu
sebanyak dua kali.
Selepas aksi sebelum ini yang memberikan The Blues kelebihan gol
hasil keputusan seri 1-1, kesilapan Andreas Christensen menyebabkan
Messi merampas bola dan melepaskan rembatan untuk mencipta gol pertama,
sebelum menjaringkan gol kedua peribadinya dalam 45 minit yang
seterusnya.
Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois tampil memohon maaf dan
mengakui kesilapan mudah yang dilakukan pemain termasuk dirinya
menyebabkan Chelsea menelan kepahitan tersingkir daripada pentas itu.
“Untuk gol pertama, saya tidak menjangkakan Messi akan melakukan dari
sudut yang begitu sempit. Saya lambat menutup ruang dengan kaki dan itu
kesilapan saya.
“Mereka juga menjaringkan gol hasil daripada kesilapan kami walaupun
Chelsea tampil dengan baik. Kami menggegarkan palang sebanyak dua kali
dan jelas sekali kami tidak bernasib baik.
“Saya telah bertemunya beberapa kali dan telah dibolosi melalui
celah-celah kaki. Untuk penjaga gol seperti saya, agak sukar untuknya
menjaringkan gol dari jarak dua meter dalam keadaan sebegitu tetapi saya
terpaksa menghadapinya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.
Sumber : https://semuanyabola.com/courtois-minta-maaf-kerana-lepaskan-gol-dengan-mudah/
0 Response to "Courtois Minta Maaf Kerana Lepaskan Gol Dengan Mudah"
Posting Komentar