Mana-mana badan pengurusan liga bola sepak di dunia tidak lari
daripada membuat keputusan tidak popular. Tidak terlepas ialah English
Football League (EFL).
Mereka dikecam hebat kerana membuka penyertaan untuk EFL Checkatrade
Trophy kepada pasukan simpanan atau akademi kelab berstatus Premier
League dan Championship.
Musim ini musim kedua mereka melaksanakan peraturan tersebut. Dikhabarkan format ini akan kekal buat lagi semusim.
Chelsea mara ke separuh akhir
Chelsea semasa perlawanan tersebut.
Pasukan Bawah-21 Chelsea menyertai sekali lagi kejohanan ini. Musim lepas, mereka tersingkir dalam pusingan kumpulan.
Kali ini, mereka mara sejauh ke separuh akhir. Secara tidak langsung
mereka memecahkan rekod pasukan akademi Swansea City yang mara hingga ke
suku akhir pada musim lalu.
Tetapi, pasukan bawah-21 Chelsea telah pun tewas kepada Lincoln City melalui sepakan penalti 4-2 pada separuh akhir.
Andainya mereka mara ke final, ramai pihak seolah tidak rela melihat pasukan itu menjulang EFL Checkatrade Trophy.
Antara takdir tercipta dan boikot
Coventry memenanginya pada musim lalu. Sumber: Racing Post.
Mujurlah dua musim berturut-turut tidak ada skuad simpanan atau
akademi yang mara ke final. Musim lepas Coventry memenanginya dengan
menewaskan Oxford United.
Musim ini pula mempertemukan antara Lincoln City dengan Shrewsbury
Town. Shrewsbury pernah mara ke final pada 1996 tetapi tewas. Berbeza
dengan Lincoln pula tidak pernah ke final.
Ramai penyokong memboikot perlawanan dalam kejohanan ini. Mereka
tidak hadir ke stadium untuk menonton perlawanan. Sehinggakan tidak
sampai 1000 penonton pada satu-satu masa.
Tindakan boikot ini sebenarnya dibantu dengan saluran laman-laman
sosial. Sekiranya EFL memuatnaik pos mengenai kejohanan ini di Facebook,
betapa ramainya melepaskan geram di sana.
Sudah ditakdirkan EFL Checkatrade Trophy ini khas untuk League One
dan League Two sahaja. Bagi penyokong, di situlah nikmat memenangi
sebuah trofi untuk diletakkan dalam sejarah kelab.
Penutup
Seharusnya EFL perlu peka dengan suara majoriti yang mahukan
pengekalan budaya. Bukannya tindakan syok sendiri yang belum tentu
memberikan kesan.
Walaupun tindakan EFL itu mendapat sokongan 2/3 kelab bertanding.
Sumber : https://semuanyabola.com/ramai-pihak-tidak-senang-jika-chelsea-muncul-juara-trofi-ini/
0 Response to "Ramai Pihak Tidak Senang Jika Chelsea Muncul Juara Trofi Ini"
Posting Komentar