Arsenal menang bergaya 3-0 ke atas Watford dalam perlawanan yang
berlangsung di Emirates semalam. Berikut adalah 5 perkara yang kami
gariskan.
1. Hari Petr Cech
Petr Cech menjadi penjaga gol pertama melakukan clean sheet sebanyak
200 kali. Sudah lama angka itu tertangguh. Cech menyelamatkan penalti
dalam perlawanan ini.
Ia menjadi salah satu penyelamatan penting dalam menghalang
perlawanan dihidupkan semula oleh Watford untuk sebarang perubahan plot
dalam perlawanan ini. Itu juga merupakan penalti pertama yang beliau
selamatkan dalam 16 percubaan.
2. Arsene Wenger
Wenger berjaya mencatatkan kemenangan ke-700 bersama Arsenal. Sudah
pastinya tiada pengurus yang lebih baik daripada beliau dalam sejarah
Arsenal. Wenger mencatatkan angka itu selepas 1,222 perlawanan bersama
Arsenal.
3. Aksi Mkhitaryan
Pemain dari Armenia ini membuktikan beliau adalah pemain penting
Arsenal buat masa ini. Berada dalam sistem yang membolehkan beliau
bermain di no.10 dan sayap kanan. Mkhitaryan lebih semulajadi dalam
peranan pemain sayap tengah (central winger).
Beliau membentuk gandingan sempurna dengan Pierre Emerick Aubameyang.
4. Pertahanan Arsenal
Ada 2 perkara dalam bahagian ini. Pertamanya, dari segi sumbangan
dalam perlawanan, pertahanan Arsenal dalam mood yang sangat baik untuk
menjadi penjaring gol tambahan.
Sebelum ini aksi Monreal mencuri perhatian. Ia diteruskan dengan
kejayaan Mustafi menjaringkan gol pembukaan yang amat penting untuk
motivasi Arsenal dalam saingan domestik.
Dari segi kelemahan pula, kerapkali mereka memberikan ruang besar
kepada Watford ketika diserang. Pemain mereka masih lambat membentuk
unit ketika bertahan. Pemain seperti Mesut Ozil kurang komitmen untuk
bertahan dalam unit.
Maitland Niles melakukan ‘lazy defending’ yang memberikan penalti kepada lawan.
5. Aubameyang no.9 utama
Tidak syak lagi beliau adalah pemain no.9 utama Arsenal. Mungkin
Lacazette pun sedar akan hakikat itu. Beliau adalah tipikal pemain yang
Wenger sudah lama cari.
Lacazette adalah pemain yang Arsenal dapatkan kerana sebelum ini mereka tipis peluang mendapatkan Aubameyang.
Aubameyang adalah pemain yang memiliki kualiti ‘poaching’ dan
kelajuan yang luar biasa. Dan tak lupa keraian gol ini memang seronok
untuk ditonton.
Sember : https://semuanyabola.com/5-perkara-daripada-kemenangan-arsenal-ke-atas-watford/
0 Response to "5 Perkara Daripada Kemenangan Arsenal Ke Atas Watford"
Posting Komentar