Bekas jurulatih skuad kebangsaan Syria yang sebelum ini dilantik
sebagai Pengarah Teknikal pasukan Kelantan iaitu Fajr Ibrahim telah
ditukarkan pangkat sebagai Ketua Jurulatih pasukan Liga Super Kelantan.
Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias khan
mengesahkan perkara itu dan Fajr diberikan kuasa penuh untuk membimbing
skuad The Red Warriors bagi menghadapi perlawanan Liga Super yang akan
datang.
Walaubagaimanapun, Yusri Che Lah yang sebelum ini memegang tugas
pemangku jurulatih akan kekal jadi pembantu jurulatih kepada Fajr
Ibrahim.
Yusri memangku tugas tersebut sejak pertengahan Februari lalu,
susulan tindakan drastik KAFA memecat jurulatih import dari Thailand,
Sathit Bensoh setelah gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam
tiga perlawanan awal liga.
“Fajer akan menjadi ketua jurulatih dan kita akan beri kuasa sepenuhnya kepada beliau untuk membentuk semula pasukan.
“Kita harap Fajer menurunkan segala ilmu dan pengalamannya dalam
meningkatkan prestasi pasukan. Malah, kita harap pemain dapat
menerimanya dan mempamerkan aksi sebenar setimpal dengan bayaran yang
diterima mereka,” katanya kepada Berita Harian.
Mengenai sama ada Fajer turut diberi sasaran bersama Kelantan, Bibi
Ramjani menjelaskan, jurulatih berusia 54 tahun itu bertanggungjawab
memastikan pasukan kekal dalam saingan Liga Super musim depan.
“Kekal dalam liga dan dengan apa (rombakan) yang dibuat sekarang,
kita berharap kesungguhan pasukan untuk mencapai sasaran ini. Apa yang
penting perubahan tetap berlaku walaupun Kafa mungkin berdepan pelbagai
persepsi negatif, selepas ini,” katanya.
“Sebelum ini, kita ikut apa yang pemain mahukan dan sekarang mereka
juga perlu ikut apa yang kita inginkan demi mencapai sesuatu kejayaan.
“Kita perlu ingat pasukan bukan berada pada kedudukan selesa dalam
liga, jadi kita mahu mendidik supaya pemain betul-betul memperagakan
kemampuan masing-masing supaya dapat membantu pasukan ini,” katanya.
Sumber : https://semuanyabola.com/fajr-ibrahim-sah-ketua-jurulatih-baharu-the-red-warriors/
0 Response to "Fajr Ibrahim Sah Ketua Jurulatih Baharu The Red Warriors"
Posting Komentar