Manchester City dilanda malapetaka di bahagian serangan apabila
penyerang berbisanya, Sergio Aguero akan terlepas kunjungan ke Stoke
bagi aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi esok kerana kecederaan lutut.
Bagaimanapun, pemain Argentina itu berharap hanya diketepikan selama
dua minggu, yang mana akan menyaksikannya kembali tepat pada masanya
bagi aksi City berikutnya di Everton pada 31 Mac depan.
“Ketika latihan semalam saya berasa tidak selesa di lutut kiri saya,” tulis Aguero dalam akaun Twitter rasminya.
“Doktor kelab memberitahu saya akan kembali bersama pasukan kira-kira dua minggu lagi. Kini masanya untuk sembuh sepenuhnya!”
Aguero turut diragui bagi aksi persahabatan Argentina menjelang Piala
Dunia menentang Itali dan Sepanyol masing-masing pada 23 dan 27 Mac
ini.
Sasaran berikutnya pemain berusia 29 tahun itu bersama City adalah
gol ke-200 buat kelab itu sesudah menyumbat 30 gol setakat ini musim
ini.
Pengurus City, Pep Guardiola ketika ditanya tentang keadaan
kecederaan pasukannya, dia menjawab: “Ada di antara mereka yang baik.
“Fernandinho dan Sterling jauh lebih baik. Fabian Delph tidak pasti keadaannya
“Kami ada sesi latihan untuk memutuskan sebelum itu (permainan). Hari
ini, para pemain berehat jadi saya tidak tahu keadaannya. ”
Dengan Benjamin Mendy kembali menjalani latihan, Guardiola
mengutarakan betapa pentingnya memiliki skuad penuh ketika City memasuki
penghujung musim.
“Kami memerlukan semua pemain dalam skuad untuk sepanjang musim ini,” katanya.
“Kadang-kadang pemain kami mengalami kecederaan tetapi kami memerlukan mereka semua.”
“Situasi musim ini amat cemerlang kerana ia tidak normal dengan jurang begitu jauh pada permulaan Mac.
“Kami kalah kepada Basel dan Liga Perdana agak sama, kami hampir menjadi juara tapi ia belum selesai.
“Kami perlu mengaut mata kemenangan secepat mungkin yang boleh.
“Apa yang akan berlaku di suku akhir Liga Juara-Juara bergantung pada
tahap kami di Liga Perdana dan dalam Liga Perdana ia boleh membantu
kami di suku akhir Liga Juara-Juara.
“Oleh sebab itu kami perlu fokus dengan apa yang perlu dilakukan.”
Stoke City dikalahkan Manchester City 7-2 di Stadium Etihad pada
pertemuan awal Oktober lalu kini di bawah kendalian pengurus baru, Paul
Lambert.
Sumber : https://semuanyabola.com/aguero-disahkan-cedera-lutut-dan-terpaksa-berehat-selama-2-minggu/
0 Response to "Aguero Disahkan Cedera Lutut Dan Terpaksa Berehat Selama 2 Minggu"
Posting Komentar