Nama Anthony Martial terus dikaitkan dengan beberapa kelab ternama di
Eropah. Sebelum ini laporan akhbar Itali menyatakan wakil dari Juventus
ada bertemu dengan pemain tersebut untuk mendapatkan khidmat beliau.
Juventus dilaporkan sedang mengikuti secara rapat perkembangan pemain
itu. Namun ejen kepada Anthony Martial, Philippe Lamboley menafikan
akan hal tersebut. Lamboley menyatakan:
“Saya boleh katakan laporan yang menyatakan saya ada bertemu dengan
wakil dari Juventus untuk membincangkan perpindahan Martial adalah tidak
benar. Saya tidak ada bertemu dengan mana-mana wakil dari Serie A buat
masa ini.”
Ditanya sama ada Anthony Martial akan kekal di Manchester United
selepas ini? Lamboley tidak pasti akan hal itu. Martial masih belum
menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Old Trafford buat masa ini.
“Adakah dia akan kekal di Manchester United pada musim panas nanti?
Buar masa ini, saya tidak boleh memberikan anda sebarang jaminan untuk
hal itu.”
Lamboley akan cuba yang terbaik untuk membantu kliennya itu dalam
menentukan masa depan beliau. Martial sukar untuk menjadi pemain utama
dalam skuad Jose Mourinho.
Namun begitu, pemain tersebut telah menjaringkan 11 gol dan 10 bantuan gol setakat ini dalam 40 perlawanan pada musim ini.
Anthony Martial menyertai Manchester United pada 2015 dengan yuran
perpindahan £36 juta dari AS Monaco. Beliau adalah pemain yang pernah
digelar Thierry Henry baru oleh peminat.
Sumber : https://semuanyabola.com/ejen-martial-tidak-pasti-pemain-itu-kekal-di-man-united/
0 Response to "Ejen Martial Tidak Pasti Pemain Itu Kekal Di Man. United"
Posting Komentar