Pengurus Sepanyol, Julen Lopetuigi mengesahkan beliau sudah
menggugurkan nama David Silva daripada pasukan kerana pemain itu meminta
perlepasan khas.
David Silva tidak dapat menghadiri latihan yang dilangsungkan di Las
Rozas atas sebab sebab peribadi. Silva beraksi 71 minit dalam aksi penuh
rancak menentang Jerman.
Kedua-dua pasukan bermain dalam bola sepak berkualiti tinggi.
Sepanyol dan Jerman seri 1-1. Silva digantikan oleh Lucas Vasquez dalam
perlawanan tersebut.
Dengan perkembangan terbaru David Silva itu, perancang sensasi
Manchester City itu bakal terlepas aksi menentang Argentina di Wanda
Metropolitano pada Selasa nanti.
Sumber di Sepanyol menyatakan, Silva terpaksa pulang menemami anaknya
yang disifatkan media sebagai bertarung nyawa setiap hari setelah lahir
pra-matang pada Januari lalu.
Silva juga banyak terlepas beberapa sesi latihan dan perlawanan
Manchester City musim ini kerana hal itu. Namun sokongan daripada
jurulatih dan rakan sepasukan beliau buat masa ini memang terpuji, tak
kira di Sepanyol mahupun di Manchester City.
Selain dariapda Silva, 5 lagi pemain tidak boleh menjalani latihan di
padang. Ini kerana mereka perlu melepasi tahap kecergasan di gym
terlebih dahulu.
Mereka adalah Gerard Pique, Andres Iniesta Jordi Alba, Sergio Ramos
dan Thiago. Kesemua pemain ini perlu mengembalikan semula kecergasan
mereka selepas perlawanan menentang Jerman tempoh hari.
Kepada David Silva, kami doakan urusan anda dipermudahkan.
Sumber : https://semuanyabola.com/silva-dilepaskan-sepanyol-kerana-anak-bertarung-nyawa/
0 Response to "Silva Dilepaskan Sepanyol Kerana Anak Bertarung Nyawa"
Posting Komentar