Bekas pemain antarabangsa Jerman, Dietmar Hamann mengkritik Per Mertesacker kerana tidak menghormati kelab yang diwakilinya.
Ini berikutan komen kapten Arsenal itu yang mana beliau lebih suka
melihat aksi pasukan dari bangku simpanan daripada beraksi di atas
padang buat masa sekarang.
Dalam satu temuramah bersama Spiegel,
Mertesacker mendedahkan beliau mempunyai masalah gemuruh sepanjang
kariernya dalam bolasepak dan kadang kala, beliau lebih suka untuk tidak
bermain.
Pemain pertahanan berusia 33 tahun ini akan menggantung kasutnya dari bolasepak profesional pada penghujung musim nanti dan bakal menggalas tugas sebagai ketua akademi Arsenal.
Mertesacker turut menambah buat pertama kali dalam hidupnya, beliau akan berasa bebas apabila bersara secara rasmi dari bolasepak hujung musim nanti. Bekas pemain Werder Bremen ini juga tidak mahu bermain lagi buat Arsenal untuk baki musim 2017/2018.
"Semua orang berkata kepada saya yang saya perlu menikmati setiap saat dalam tahun terakhir bergelar pemain bolasepak. Tetapi saya lebih suka jika saya duduk di bangku simpanan atau lebih bagus lagi berada di tempat penonton."

"Saya terjejas dengan tekanan yang tinggi. Saya takut untuk melakukan
kesilapan yang mampu menghasilkan gol kepada pihak lawan. Dalam
perlawanan tertentu, saya akan melihat scoreboard dengan lebih kerap dan
mengira berapa minit lagi baki perlawanan. Ketika perlawanan Piala
Dunia, perasaan tersebut tidak dapat digambarkan lagi."
"Kadang kala sebelum perlawanan bermula, perut saya memulas seperti hendak muntah. Saya terpaksa menahan perasaan muntah itu sehingga mata saya mengalirkan air mata."
Kenyataan kontroversi Mertesacker itu tidak disambut baik bekas rakan sepasukannya dalam pasukan kebangsaan iaitu Dietmar Hamann. Ketika bercakap kepada Skysports Germany, Hamann mempersoalkan karakter Mertesacker kerana tidak menghormati Arsenal.
"Saya mempersoalkan kenyataan Mertesacker yang mana beliau berkata lebih suka menonton aksi Arsenal dari berada di atas padang. Beliau masih lagi mempunyai kontrak bersama Arsenal. Beliau dibayar untuk bermain dengan kelab tersebut dan mempunyai tanggungjawab terhadap kelabnya."
"Saya rasa kenyataan Mertesacker itu seperti tidak menghormati peminat, rakan sepasukan dan juga pengurus mereka."

"Arsenal sedang bergelut dengan prestasi buat masa sekarang dan anda
mempunyai kapten pasukan yang lebih suka duduk di bangku simpanan dan
tidak mahu bermain lagi untuk kelab tersebut."
"Saya meragui sama ada Mertesacker adalah individu yang tepat untuk mendidik pemain muda Arsenal pada masa hadapan."
Waaupun demikian, Hamann memuji kejujuran Mertesacker dalam mendedahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
"Setiap manusia menangani tekanan dengan cara yang berbeza. Amat
penting bagi peminat mengetahui pemain bolasepak bukanlah seperti mesin.
Mereka juga terdedah kepada tekanan."
Sumber : https://www.thesukan.com/mertesacker-dikecam-kerana-tidak-menghormati-arsenal
0 Response to "Mertesacker Dikecam Kerana Tidak Menghormati Arsenal"
Posting Komentar